Monday 1 August 2011

Akujanji Ramadhan - jgn temberang, tuang, ngumpat, membazir


ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera! Besok, 1 Ogos, umat Islam sedunia mula berpuasa, antara rukun Islam yang tercatat sejak awal agama. Maka berlumba-lumbalah umat Islam ke masjir-masjid dan surau untuk mengerjakan solat jemaah dan terawih. Shukur Alhamdulillah, kita bertemu dengan bulan mulia ini sekali lagi. Bagi setiap umat Islam, bertemu Ramadhan sekali lagi membawa seribu nikmat dan cabaran. Kepada semua sahabat handai, saudara mara, rakan dan taulan, saya ucapkan Selamat Berpuasa, moga-moga amalan dan ibadat kita diterimaNya. Dalam bulan istimewa ini, marilah kita membuat akujanji seperti berikut: jangan temberang, jangan mengumpat, jangan ponteng, jangan membazir, banyakkan ibadat, rajin-rajinlah ke masjid, bertadarus, jangan syak wasangka, jauhi maksiat. Elok juga kalau orang-orang politik berhenti berpolitik seketika, dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja ibadat. Elok juga kalau kurang berucap di sana sini, takut terlepas kata-kata yang kesat atau terlebih cakap sehingga berbohong.

Gambar dalam catatan ini ialah antara yang dirakam ketika saya mengerjakan umrah pada bulan Jun lalu. 

1 comment:

  1. Bila kita boleh pergi umrah sama?

    latif

    ReplyDelete