Saturday 3 September 2011

Moga2 pemergian jurukamera Faizul tidak sia-sia

Salam! Aku dalam perjalanan pulang selepas menziarah saudara yang terlantar di hospital Melaka apabila mendapat sms memberitahu bahawa jurukamera Bernama TV mati ditembak. Allahyarham bertugas di Somalia mengikuti rombongan bantuan di situ. Seorang doktor cuba menyelamatkan beliau, tetapi tak berjaya. Rakan setugas di TV3, Aji Siregar, juga cedera tetapi selamat. Dia cuma cedera ringan. Menurut rakan2 lain, Allahyarham sempat bercakap dengan isterinya sejurus sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Berita ini amat memeranjatkan. Banyak soalan bermain di kepala. Apakah mereka sudah mendapat taklimat keselamatan penuh dalam missi ini? Apakah akan ada siasatan penuh dalam hal ini? Kita bersyukur juga bahawa ahli rombongan lain selamat. Kita mahu segera pulang. Dan pulang dengan selamat.  Apakah semangat kemanusiaan di kalangan orang Malayia akan terjejas akibat kematian ini? Kita mahukan jawapan segera agar ia tidak menjejaskan kerja amal yang sedang dan akan dilaksanakan selepas ini. Bukan sahaja di Somalia, tetapi di merata pelusuk tanahair.

Gambar: Aji selepas misi Gaza dua tahun lalu

Sunday 28 August 2011

Apa motif Mat Sabu kata Tunku bukan wira?

SALAM! Ramai orang tak faham dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu. Beliau mendakwa
Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan. Mat Sabu juga mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar di peristiwa Bukit Kepong. Media melaporkan Mat Sabu menganggap komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara. Apabila timbalan presiden PAS buat kenyataan demikian, macam2 soalan pula timbul. itu pandangan peribadi beliau atau pandangan parti? Kalau pandangan peribadi, apa asasnya. Jika pandangan parti, mengapa baru sekarang nak bangkitkan perkara ini. Ramai orang mengecam Mat Sabu dan menyifatkan beliau buta sejarah. Dalam perjuangan politik, sejarah menjadi "guru" yang amat berguna. Kalau seseorang buta sejarah, macam mana nak mentadbir negara? Apapun yang diperkatakan, motif sebenar Mat Sabu mengeluarkan kenyataan demikian mesti dikaji. Apakah benar dakwaan bahawa Mat Sabu berbuat demikian untuk mengalih fokus dari isu2 lain yang dihadapi Pas? Jika benar, Mat Sabu mungkin dah berjaya sedikit kerana media memberi beliau liputan yang luas, termasuk di muka satu akhbar.  Orang politik suka kalau namanya sering dibibir pengundi. Tak kisahlah kalau dia dikritik. Asalkan pengundi tidak lupa mereka. Bak kata pepatah orang politik: "Bad publicity is better than no publicity." Dalam lain perkataan, publisiti yang buruk adalah lebih baik dari tidak publisiti langsung."

Saturday 13 August 2011

Jangan baca Quran kuat2 di Pulau Pinang

SALAM! Hari ini umat Islam sedunia melangkah ke hari yang ke 13 Ramadhan. Beberapa hari lagi ialah nuzul Quran, hari di mana ayat pertama dalam Quran diturunkan. Ayat Quran yang pertama diturunkan ialah lima ayat dalam surah Al-Alaq. Dalam bulan Ramadhan ini juga umat Islam digalak untuk bertadarus, iaitu membaca Quran dan jika boleh, membaca 30 juz sepanjang bulan ini. Semalam, kita dikejutkan pula dengan berita dari Pulau Pinang bahawa masjid dan surau dinasihatkan supaya tidak membaca Quran dengan kuat menjelang subuh. Iaitu jangan membaca menggunakan pembesar suara. Pentadbir hal ehwal Islam negeri berkata membaca Quran  menggunakan pembesar suara dari masjid dan surau adalah dilarang menurut hukum syarak. Akhbar Berita Harian edisi 12 Ogos melaporkan keputusan itu di muka hadapan, sekaligus menggemparkan umat Islam di pulau mutiara itu. Ia juga memeranjatkan umat Islam seluruh negara. Bagi ramai orang Islam yang bukan pakar dalam pengetahuan Islam, beberapa soalan berlegar di kepala mereka:

1 - mengapa baru sekarang buat keputusan melarang umat Islam membaca Quran menjelang subuh dengan pembesar suara?
2 - sudahkah pentadbir agama Islam negeri itu berbincang dengan pihak berkuasa Islam yang lain?

Mahu tak mahu, timbul juga soalan berbaur politik dalam hal ini. Sebelum Pulau Pinang ditadbir oleh PKR yang bertunjangkan DAP, menagapa perkara ini tidak pulak timbul jika alasan melarang benar-benar dibuat atas alasan agama? Sesetengah pemerhati politik menyifatkan tindakan ini ada mainan politik. Apakah Selangor juga akan membuat keputusan yang sama kerana negeri itu juga dibawah PKR? Apa agaknya pendapat kerajaan negeri Kedah dan Kelantan dalam hal ini? Parti Pas yang memerintah negeri Kelantan begitu lama tidak pula melarang pembacaan Quran menggunakan pembesar suara di masjid mahupun di surau.

Keputusan terbaru dari utara ini mungkin membuat sebahagian masyarakat Islam keliru. Apakah pentadbir agama Islam Pulau Pinang telah memikirkan habis-habis sebelum membuat keputusan itu? Tidakkah boleh peraturan begini diselaraskan jika ia benar-benar mengikut peraturan agama? Apapun, keputusan ini sudah tentu akan menjadi buialan panas di kalangan masyarakat Islam bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di seluruh tanahair.

Selamat berpuasa dan bertadarus.

Wednesday 10 August 2011

Penduduk Britain marah polis tak kawal rusuhan

SALAM! Sejak beberapa hari yang lampau, dunia digemparkan dengan berita keganasan yang melanda beberapa daerah di kota London. Seorang pelajar Malaysia dipukul sehingga berdarah dan dimasukan ke hospital. Anak muda ini ialah antara mangsa rusuhan yang berpunca dari protest aman terhadap Polis di London. Rusuhan itu kini sudah merebak ke Liverpool dan beberapa kawasan di Birmingham. Rusuhan ini juga sudah mengambil satu nyawa apabila seorang ditembak mati ketika apabila perusuh menceroboh kedai dan mencuri barang2 jualan. Setakat ini, belum ada berita samada si mati antara yang menceroboh atau orang awam yang berada di situ.

Apapun, PM Britain David Cameroon terpaksa pulang ke tanahair dari percutiannya. Suara2 masyarakat di kotaraya itu mendesak kerajaan mengerahkan lebih ramai anggota polis untuk menjaga keamanan. Dan Polis pula sedang mencari "water canon" atau meriam air untuk menangani rusuhan itu. (Dalam hati saya, PDRM boleh bantu dengan menghantar meriam yang digunakan di sini).

Kita nanti dan lihat jika Britain, negara maju dan antara kuasabesar dunia, akan terus berlembut menangani rusuhan ini atau menggunakan taktik yang lebih keras dan tegas. Dalam hal yang sama, rusuhan ini seharusnya menjadi pengajaran kepada penganjur protes di Malaysia. Orang kita di Malaysia boleh mendakwa protes dan demo dibuat dengan aman dan tenteram. Mereka juga pernah memberitahu bahawa protes tidak akan menjadi rusuhan kerana ada "marshall"untuk menjaga keselamatan.

Saudara semua percaya protes aman tak boleh menjadi kecoh dan memakan nyawa? Takda keganasan? Tengok saja apa yang berlaku di Britain, negara yang kononnya antara termaju dan penduduknya bertamadun! Apabila hilang kawalan, apa pun boleh jadi beb!  Pertandingan bola antara England dan Belanda terpaksa dibatal, selain beberapa perlawanan bola liga England. Di Malaysia, konsert rock Ramli Sarip dan Blues Gang terpaksa dibatal apabila demo Bersih 2.0 berlangsung pada 9 Julai lepas.

Semua orang marah, dan semua orang rugi.

Sunday 7 August 2011

PAS selangor tak senada dalam isu Jais

SELAMAT TENGAHARI. Hari ini rata2 masyarakat bercakap mengenai "serbuan" pegawai2 Jais di Damansara Utama Methodist Church. Jais berbuat demikian kerana percaya ada unsur2 memurtadkan orang Islam ke agama Kristian. Maka berperang mulutlah ahli2 politik, setiap orang mencari "mileage" dari isu ini. EXCO Agama Islam Sekangor, Datuk Dr Hasan Ali sokong apa yang dilakukan oleh Jais. Timbalan pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad, yang juga Ahli Parlimen Syah Alam, tak setuju. Kata Khalid, tindakan Jais itu tidak menunjukkan sifat hormat Jais kepada penganut agama lain. Kedua-dua wakil rakyat ini datang Pas. Dalam hal ini, nampak mereka tak senada dan tak sekata. Dalam pada itu, MB TS Khalid Ibrahim melarang semua ahli EXCO dari berkata apa2 dalam hal ini, sekaligus Kerajaan Selangor mengiktiraf bahawa isi ini amat besar dan boleh menyebelahkan parti dan kerajaan yang dipimpinnya. Jika isu ini tidak ditangani segera, ia akan melarat menjadi satu isu lebih besar. Sudah timbul beberapa puak di Selangor. Khalid perlu selesaikan segara kontroversi ini sebelum merebak ke negeri2 lain. Isu agama amat sensitif, dan ramai yang sanggup mati kerananya. Jangan sampai keadaan sudah tidak terkawal baru nak bertindak. Penyokong Jais semakin marah dan geram. Penyokong Khalid pula semakin berani. Dan sudah ada juga mereka yang bukan beragama Islam yang membincang isu ini dan mahu tindakan keras diambil ke atas Jais.

Inilah yang berlaku apabia sesuatu pakatan itu tidak dimeterai dengan keikhlasan dan semangat tolak ansur, keterbukaan dan dasar yang realstik. Apa akan berlaku jika Jais atau pihak lain mengeluarkan rakaman membuktikan ada unsur2 mahu memurtadkan individu Islam ke Kristian? Hasan Ali, semasa mempertahankan tindakan Jais, rela dipecat dari jawatannya, menurut laporan muka satu Mngguan Malaysia hari ini. Baca wawancara dengannya.

Selagi puak2 ini bertelagah, bila agaknya isu ini dapat diselesaikan? Masyarakat menunggu kepastian.

Friday 5 August 2011

Iftar dengan Dr Mahathir di Putrajaya







RAMADHAN sekali lagi membawa sahabat, rakan dan taulan memanjangkan silaturrahim sesama mereka. Semalam, Khamis, 4 Ramadhan, mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad berbuka puasa dengan sahabat handai dan jemputan di pejabatnya di Putrajaya. Saya sempat merakam beberapa gambar kenangan di majlis itu. Antara tetamu ialah bekas KSN, TS Samsudin, beberapa orang bloggers (The Scribe Datuk A Kadir Jasin, Rockybru Datuk Ahiruddin Attan, Syed Akbar, Shamsul Marahku yang memberitahu bahawa blognya kena hack, Firdaus Apanama) dan jemputan lain yang sering diundang ke majlis tahunan ini. Nak ambil lebih gambar, tetapi bateri kaput pulak!

Wednesday 3 August 2011

Masukkan murid2 dlm penjara untuk motivasi..?

SELAMAT BERSAHUR SEMUA! Semalam heboh berita bagaimana beberapa orang murid sekolah mendakwa mereka didera di kem motivasi di Johor. Yang anehnya, kem itu dibuat dalam kawasan penjara. Murid2 itu mengadu mereka diganggu dengan bermacam cara semasa dalam kem motivasi itu. Hari ini, KP Penjara, Datuk Zulkifli Omar, mempertahankan jabatannya dengan memberitahu media bahawa murid2 itu tidak didera. Potong rambut pendek itu benar; tetapi didera seperti yang didakwa murid2 itu tak berasas langsung.

Yang menyebabkan saya terfikir apabila bangun untuk bersahur ni satu perkara sahaja - mengapa penjara dijadikan lokasi motivasi murid2 sekolah? Takda tempat lain ke? Orang dewasa yang dihukum atas kesalahan mereka dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman. Mereka termasuk perogol, perompak, penyamun dan apa juga jenayah lain. Tetapi murid2 ini dihantar ke penjara untuk diberi semangat majukan diri. Ada yang tak kena dalam pemikiran mereka yang melaksanakan program ini. Bayangkan - murid2 yang disebut sebagai tidak berdisiplin ini dimasukkan ke dalam penjara bersama penyangak dan penjenayah. Di mana agaknya elemen motivasi seperti dalam program ni?