Saturday 13 August 2011

Jangan baca Quran kuat2 di Pulau Pinang

SALAM! Hari ini umat Islam sedunia melangkah ke hari yang ke 13 Ramadhan. Beberapa hari lagi ialah nuzul Quran, hari di mana ayat pertama dalam Quran diturunkan. Ayat Quran yang pertama diturunkan ialah lima ayat dalam surah Al-Alaq. Dalam bulan Ramadhan ini juga umat Islam digalak untuk bertadarus, iaitu membaca Quran dan jika boleh, membaca 30 juz sepanjang bulan ini. Semalam, kita dikejutkan pula dengan berita dari Pulau Pinang bahawa masjid dan surau dinasihatkan supaya tidak membaca Quran dengan kuat menjelang subuh. Iaitu jangan membaca menggunakan pembesar suara. Pentadbir hal ehwal Islam negeri berkata membaca Quran  menggunakan pembesar suara dari masjid dan surau adalah dilarang menurut hukum syarak. Akhbar Berita Harian edisi 12 Ogos melaporkan keputusan itu di muka hadapan, sekaligus menggemparkan umat Islam di pulau mutiara itu. Ia juga memeranjatkan umat Islam seluruh negara. Bagi ramai orang Islam yang bukan pakar dalam pengetahuan Islam, beberapa soalan berlegar di kepala mereka:

1 - mengapa baru sekarang buat keputusan melarang umat Islam membaca Quran menjelang subuh dengan pembesar suara?
2 - sudahkah pentadbir agama Islam negeri itu berbincang dengan pihak berkuasa Islam yang lain?

Mahu tak mahu, timbul juga soalan berbaur politik dalam hal ini. Sebelum Pulau Pinang ditadbir oleh PKR yang bertunjangkan DAP, menagapa perkara ini tidak pulak timbul jika alasan melarang benar-benar dibuat atas alasan agama? Sesetengah pemerhati politik menyifatkan tindakan ini ada mainan politik. Apakah Selangor juga akan membuat keputusan yang sama kerana negeri itu juga dibawah PKR? Apa agaknya pendapat kerajaan negeri Kedah dan Kelantan dalam hal ini? Parti Pas yang memerintah negeri Kelantan begitu lama tidak pula melarang pembacaan Quran menggunakan pembesar suara di masjid mahupun di surau.

Keputusan terbaru dari utara ini mungkin membuat sebahagian masyarakat Islam keliru. Apakah pentadbir agama Islam Pulau Pinang telah memikirkan habis-habis sebelum membuat keputusan itu? Tidakkah boleh peraturan begini diselaraskan jika ia benar-benar mengikut peraturan agama? Apapun, keputusan ini sudah tentu akan menjadi buialan panas di kalangan masyarakat Islam bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di seluruh tanahair.

Selamat berpuasa dan bertadarus.

6 comments:

  1. Selepas ini mungkin khalid ibrahim pun nak ikut langkah 'khalifah' guan eng dan buat peraturan yang sama di Selangor.

    ReplyDelete
  2. Salam Datuk, selama berpuasa semua,

    Saya tertarik dengan berita ini dan komen dari banyak pihak dalam perlbagai media. Apa yang saya nampak semua komen tu tak ada dalil, main pakai dalil logik sendiri saja. Bercakap pasal agama perlu kita ingat bahawa Islam itu telah lengkap dengan turunnya ayat yang terakhir. Rasulullah SAW telah berpesan bahawa orang Islam tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al-Quran dan Al-Hadith.

    Maka jika ada yang tidak bersetuju dengan mana-mana fatwa, datangkan bukti dari Al-Quran atau Al-Hadith untuk menolak fatwa tersebut. Jika ini dilakukan maka ianya dikatakan sebagai tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Saya berdoa semoga tidak ada pihak yang berselindung disebalik politik mengatakan pihak lain pula yang berpolitik.

    Mengenai persoalan kenapa fatwa ini dikeluarkan, saya kita Datuk sendiri boleh jawab. Lihatlah siapa yang melantik (pihak berkuasa melantik) orang agama? Bayangkalah nasib mereka jika fatwa begini dikeluarkan semasa pentadbiran sebelum ini - sudah terang lagi bersuluh.

    Sekian.

    ReplyDelete
  3. Pengalaman saya...
    Saya seorang guru yang tinggal jauh dari keluarga. Hanya hujung minggu sahaja dapat kami sekeluarga pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga.
    Masalahnya bermula pukul 2 pagi, ada seorang penduduk kampung yang datang ke mesjid untuk membaca Quran. Bayangkan pukul 2 pagi, di bulan puasa selepas seharian memandu kereta untuk pulang ke kampung. Beliau akan meninggikan volume supaya seluruh kampung mendengar bacaannya. Sekali sekala dia selangselikan bacaannya dengan meminta kami bangun sahur pukul 3 pagi sedangkan waktu imsak 530 pagi. Kami biasanya bersahur sekitr 5 pagi. Sakitnya hati saya...
    Siapakah manusaia bertuah ini.
    Beliau mempunyai sebuah kedai runcit yang dijaga bersama isterinya. Beliau tidak mempunyai anak, jadi sepanjang siang hari dugunakan untuk tidur. Jadi malam hari dia kan bangun kerana sudah terlebih tidur..

    Moral.. Nak baca Quran, tiak perlu dihebahkan seluruh kampung.

    ReplyDelete
  4. Kenapa tak sentuh Perlis sekali....nampak sangat niat tersembunyi!!

    ReplyDelete
  5. Mufti Perlis pun setuju dengan P Pinang...ini politik juga ke?

    ReplyDelete
  6. hanya yg berpegang pada Quran dan Hadis rasullullah saja yg betul.Rasulullah pernah menyuruh 2 sahabat menguatkan dan memperlahan bacaan mereka ketika ketika berada di masjid. Sayang ada orang yg pentingkan dunia konon nya yg mempertahankan ugama. Semoga Allah menghukum mereka ini dgn azab yg pedih

    ReplyDelete