Sunday 7 August 2011

PAS selangor tak senada dalam isu Jais

SELAMAT TENGAHARI. Hari ini rata2 masyarakat bercakap mengenai "serbuan" pegawai2 Jais di Damansara Utama Methodist Church. Jais berbuat demikian kerana percaya ada unsur2 memurtadkan orang Islam ke agama Kristian. Maka berperang mulutlah ahli2 politik, setiap orang mencari "mileage" dari isu ini. EXCO Agama Islam Sekangor, Datuk Dr Hasan Ali sokong apa yang dilakukan oleh Jais. Timbalan pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad, yang juga Ahli Parlimen Syah Alam, tak setuju. Kata Khalid, tindakan Jais itu tidak menunjukkan sifat hormat Jais kepada penganut agama lain. Kedua-dua wakil rakyat ini datang Pas. Dalam hal ini, nampak mereka tak senada dan tak sekata. Dalam pada itu, MB TS Khalid Ibrahim melarang semua ahli EXCO dari berkata apa2 dalam hal ini, sekaligus Kerajaan Selangor mengiktiraf bahawa isi ini amat besar dan boleh menyebelahkan parti dan kerajaan yang dipimpinnya. Jika isu ini tidak ditangani segera, ia akan melarat menjadi satu isu lebih besar. Sudah timbul beberapa puak di Selangor. Khalid perlu selesaikan segara kontroversi ini sebelum merebak ke negeri2 lain. Isu agama amat sensitif, dan ramai yang sanggup mati kerananya. Jangan sampai keadaan sudah tidak terkawal baru nak bertindak. Penyokong Jais semakin marah dan geram. Penyokong Khalid pula semakin berani. Dan sudah ada juga mereka yang bukan beragama Islam yang membincang isu ini dan mahu tindakan keras diambil ke atas Jais.

Inilah yang berlaku apabia sesuatu pakatan itu tidak dimeterai dengan keikhlasan dan semangat tolak ansur, keterbukaan dan dasar yang realstik. Apa akan berlaku jika Jais atau pihak lain mengeluarkan rakaman membuktikan ada unsur2 mahu memurtadkan individu Islam ke Kristian? Hasan Ali, semasa mempertahankan tindakan Jais, rela dipecat dari jawatannya, menurut laporan muka satu Mngguan Malaysia hari ini. Baca wawancara dengannya.

Selagi puak2 ini bertelagah, bila agaknya isu ini dapat diselesaikan? Masyarakat menunggu kepastian.

2 comments:

  1. Dato, kalau parti berlatarkan Islam tidak dapat mempertahankan umat Islam yg nak hilang akidah atas dasar 1 Malaysia baiklah tak usah pakai perkataan "Islam" tu untuk parti tukar Parti Am Se Malaysia ( PAS juga kan ) lagi bagus tapi mungkin untuk jadi parti kebajikan itu yang betul...wallahwaalam bissawab

    Abdul Wahub

    ReplyDelete
  2. Datuk,
    rasanya peristiwa serbuan Jais di gereja ini dapat membuka mata rakyat akan perihal sifat sebenar PAS, DAP dan PKR. Ramai pemimpin Pas yang hipokrit dan hanya mahukan kuasa tak kira walaupun nasib bangsa dan agama mereka tergadai. Hassan Ali ni macam ikhlas tapi tak berapa pandai sebab tu dia dalam Pas. Mungkin dia tak perasan sifat munafik kepimpinan Pas masa dia join parti tu dulu. Peristiwa ini secara terang menunjukkan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam "is bending backward" untuk memuaskan hati DAP dan non-muslim dalam PKR. Kalau pun Jais bersalah, sebagai exco agama Selangor memang Hassan Ali perlu mempertahankannya. Dan sebagai parti, Pas perlu mempertahankan Hassan Ali. Ni tidak, Pas sanggup mengorbankan Hassan Ali demi menjaga hati DAP dan non-muslim PKR. Yang Melayu Muslim dalam PKR pun begitu juga, mereka tak ada pegangan dan akan buat apa saja untuk maintain sokongan bukan Islam. Mana pemimpin mereka yang ada pendirian nak membela Islam akan kena cantas. Contoh yang nyata ialah Zulkifli Nordin.

    ReplyDelete