Wednesday 3 August 2011

Masukkan murid2 dlm penjara untuk motivasi..?

SELAMAT BERSAHUR SEMUA! Semalam heboh berita bagaimana beberapa orang murid sekolah mendakwa mereka didera di kem motivasi di Johor. Yang anehnya, kem itu dibuat dalam kawasan penjara. Murid2 itu mengadu mereka diganggu dengan bermacam cara semasa dalam kem motivasi itu. Hari ini, KP Penjara, Datuk Zulkifli Omar, mempertahankan jabatannya dengan memberitahu media bahawa murid2 itu tidak didera. Potong rambut pendek itu benar; tetapi didera seperti yang didakwa murid2 itu tak berasas langsung.

Yang menyebabkan saya terfikir apabila bangun untuk bersahur ni satu perkara sahaja - mengapa penjara dijadikan lokasi motivasi murid2 sekolah? Takda tempat lain ke? Orang dewasa yang dihukum atas kesalahan mereka dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman. Mereka termasuk perogol, perompak, penyamun dan apa juga jenayah lain. Tetapi murid2 ini dihantar ke penjara untuk diberi semangat majukan diri. Ada yang tak kena dalam pemikiran mereka yang melaksanakan program ini. Bayangkan - murid2 yang disebut sebagai tidak berdisiplin ini dimasukkan ke dalam penjara bersama penyangak dan penjenayah. Di mana agaknya elemen motivasi seperti dalam program ni? 


2 comments:

  1. datuk, budak-budak yg dihantar ke kem motivasi tu semua yang ada masaalah disiplin. nak bagi tau yg kalau dia org terus nakal nanti silap haribulan masuk penjara bila dah besar dan penjara tu bukan tempat seronok. Kalau datuk tak percaya, cuba tanya sources datuk yg boleh dipercayaai di JB.

    ReplyDelete
  2. BIGCAT,

    Saya percaya tujuan bawa murid2 nakal ke penjara untuk bantu memperbaikki disipline mereka. Tapi kalau masuk ke penjara dan lain pulak yang jadi, saya khuatir tujuan yang baik mungkin berganti menjadi tak baik. Bab disiplin ni bukan satu perkara yang mudah ditangani. Ia perlu dibentuk dari awal lagi, dari zaman kanak2. Mungkin ibu bapa juga patut dihantar ke penjara selama 3 atau 4 hari supaya mereka dapat tengok aa akan terjadi pd anak2 mereka kalau tak dibentuk disiplin anak2 ini dari awal.

    pahit manis 2.0

    ReplyDelete