Sunday 28 August 2011

Apa motif Mat Sabu kata Tunku bukan wira?

SALAM! Ramai orang tak faham dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu. Beliau mendakwa
Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan. Mat Sabu juga mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar di peristiwa Bukit Kepong. Media melaporkan Mat Sabu menganggap komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara. Apabila timbalan presiden PAS buat kenyataan demikian, macam2 soalan pula timbul. itu pandangan peribadi beliau atau pandangan parti? Kalau pandangan peribadi, apa asasnya. Jika pandangan parti, mengapa baru sekarang nak bangkitkan perkara ini. Ramai orang mengecam Mat Sabu dan menyifatkan beliau buta sejarah. Dalam perjuangan politik, sejarah menjadi "guru" yang amat berguna. Kalau seseorang buta sejarah, macam mana nak mentadbir negara? Apapun yang diperkatakan, motif sebenar Mat Sabu mengeluarkan kenyataan demikian mesti dikaji. Apakah benar dakwaan bahawa Mat Sabu berbuat demikian untuk mengalih fokus dari isu2 lain yang dihadapi Pas? Jika benar, Mat Sabu mungkin dah berjaya sedikit kerana media memberi beliau liputan yang luas, termasuk di muka satu akhbar.  Orang politik suka kalau namanya sering dibibir pengundi. Tak kisahlah kalau dia dikritik. Asalkan pengundi tidak lupa mereka. Bak kata pepatah orang politik: "Bad publicity is better than no publicity." Dalam lain perkataan, publisiti yang buruk adalah lebih baik dari tidak publisiti langsung."

1 comment:

  1. Mat Sabu sebenarnya bukan buta sejarah.Beliau adalah penyokong fahaman komunis yang cuba menghidupkan semula setelah era pasca kejatuhan fahaman tersebut diEropah Timur dan Kesatuan Soviet.Tak syak lagi inilah yang dipanggil NEO KOMUNISMA yang cuba menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dengan menggunakan kekerasan.Tidak hairan jika pada suatu masa nanti Mat Sabu akan memegang peranan yang satu ketika dulu dipegang oleh Rashid Maidin ataupun oleh Abdullah CD.Siapa pula akan gantikan Chin Peng.Rasanya ramai yang dapat meneka.

    ReplyDelete