Saturday 3 September 2011

Moga2 pemergian jurukamera Faizul tidak sia-sia

Salam! Aku dalam perjalanan pulang selepas menziarah saudara yang terlantar di hospital Melaka apabila mendapat sms memberitahu bahawa jurukamera Bernama TV mati ditembak. Allahyarham bertugas di Somalia mengikuti rombongan bantuan di situ. Seorang doktor cuba menyelamatkan beliau, tetapi tak berjaya. Rakan setugas di TV3, Aji Siregar, juga cedera tetapi selamat. Dia cuma cedera ringan. Menurut rakan2 lain, Allahyarham sempat bercakap dengan isterinya sejurus sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Berita ini amat memeranjatkan. Banyak soalan bermain di kepala. Apakah mereka sudah mendapat taklimat keselamatan penuh dalam missi ini? Apakah akan ada siasatan penuh dalam hal ini? Kita bersyukur juga bahawa ahli rombongan lain selamat. Kita mahu segera pulang. Dan pulang dengan selamat.  Apakah semangat kemanusiaan di kalangan orang Malayia akan terjejas akibat kematian ini? Kita mahukan jawapan segera agar ia tidak menjejaskan kerja amal yang sedang dan akan dilaksanakan selepas ini. Bukan sahaja di Somalia, tetapi di merata pelusuk tanahair.

Gambar: Aji selepas misi Gaza dua tahun lalu