Wednesday 10 August 2011

Penduduk Britain marah polis tak kawal rusuhan

SALAM! Sejak beberapa hari yang lampau, dunia digemparkan dengan berita keganasan yang melanda beberapa daerah di kota London. Seorang pelajar Malaysia dipukul sehingga berdarah dan dimasukan ke hospital. Anak muda ini ialah antara mangsa rusuhan yang berpunca dari protest aman terhadap Polis di London. Rusuhan itu kini sudah merebak ke Liverpool dan beberapa kawasan di Birmingham. Rusuhan ini juga sudah mengambil satu nyawa apabila seorang ditembak mati ketika apabila perusuh menceroboh kedai dan mencuri barang2 jualan. Setakat ini, belum ada berita samada si mati antara yang menceroboh atau orang awam yang berada di situ.

Apapun, PM Britain David Cameroon terpaksa pulang ke tanahair dari percutiannya. Suara2 masyarakat di kotaraya itu mendesak kerajaan mengerahkan lebih ramai anggota polis untuk menjaga keamanan. Dan Polis pula sedang mencari "water canon" atau meriam air untuk menangani rusuhan itu. (Dalam hati saya, PDRM boleh bantu dengan menghantar meriam yang digunakan di sini).

Kita nanti dan lihat jika Britain, negara maju dan antara kuasabesar dunia, akan terus berlembut menangani rusuhan ini atau menggunakan taktik yang lebih keras dan tegas. Dalam hal yang sama, rusuhan ini seharusnya menjadi pengajaran kepada penganjur protes di Malaysia. Orang kita di Malaysia boleh mendakwa protes dan demo dibuat dengan aman dan tenteram. Mereka juga pernah memberitahu bahawa protes tidak akan menjadi rusuhan kerana ada "marshall"untuk menjaga keselamatan.

Saudara semua percaya protes aman tak boleh menjadi kecoh dan memakan nyawa? Takda keganasan? Tengok saja apa yang berlaku di Britain, negara yang kononnya antara termaju dan penduduknya bertamadun! Apabila hilang kawalan, apa pun boleh jadi beb!  Pertandingan bola antara England dan Belanda terpaksa dibatal, selain beberapa perlawanan bola liga England. Di Malaysia, konsert rock Ramli Sarip dan Blues Gang terpaksa dibatal apabila demo Bersih 2.0 berlangsung pada 9 Julai lepas.

Semua orang marah, dan semua orang rugi.

2 comments:

  1. Betul sangat apa yang datuk tulis tu. Rusuhan di UK tu asalnya protes aman juga. Akhirnya jadi ganas. Rosak negara dibuatnya. Tapi ni saya nak bagitau datuk, hari pertama kejadian rusuhan di London tu, saya rasa hampa sebab suratkhabar kegemaran saya NST tak letak pun cerita tu kat front page. Yang letak front page ialah Star. Patut editor NST lebih peka tentang hal ni. Baru hari ni la pakai cerita tu besar sikit kat front page. Tu pun rasanya sebab dapat arahan dari Datuk kut. Bukan apa, saya rasa cerita ni bagus buat teladan pada orang Malaysia bagaimana orang putih yang kononnya lebih bertamaddun dari kita kalau protes aman pun boleh jadi merusuh tidak karuan. Ni yang nak orang kita sedar. Terimakasih dan selamat berpuasa Datuk.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat terkejut, seorang seperti Ambiga dan Marina tidak mengambil kira keberangkalian seperti ini?

    Tambah lagi banyak bangunan terdapat di JTAR dan Sekitar, apakah mereka terlindas dalam hati hal sama mungkin menimpa peniaga2 dari kawasan ini?

    Dan sekiranya hal sama berlaku, mampukah siAmbiga dan Marina membayar segala kerugian dan tuntutan kepada mangsa2 sabit pendirian mereka yang begitu tidak bertanggungjawab sama sekali.

    ReplyDelete